Friday, November 23, 2012

Fakta Pelik Mengenai President USA Abraham Lincoln & John F. Kennedy


Fakta atau Auta? pandai2 la pikir sendiri..kih3x..

Abraham Lincoln & John F. Kennedy

Abraham Lincoln dipilih ke Congress pada 1846.

John F. Kennedy dipilih ke Congress pada 1946.

Abraham Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860.

John F. Kennedy dilantik sebagai presiden pada 1960.

Kedua-duanya memperjuangkan hak asasi manusia.

Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak ketika tinggal di

White House.

Kedua-duanya ditembak mati pada hari Jumaat.

Kedua-duanya ditembak mati dibahagian kepala.

--------------------------------------------------------------------

Ini pula fakta yg pelik:

Nama setiausaha Lincoln ialah KENNEDY.

Nama setiausaha Kennedy ialah LINCOLN.

Kedua-duanya dibunuh oleh orang yg berasal dari selatan Amerika (Southerners).

Kedua-duanya digantikan oleh 'Southerners' yg bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln, lahir pada 1808.

Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln , lahir pada 1839.

Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir pada 1939.

Kedua-dua pembunuh dikenali dgn panggilan 3 kata nama mereka.

Kedua-dua pembunuh mempunyai bilangan name sebanyak 15 huruf.

--------------------------------------------------------------------

Fakta Kejadian:

Lincoln ditembak disebuah teater yang bernama 'Ford.'

Kennedy ditembak didalam kereta model ' Lincoln ' yang buat dari pengeluar kereta 'Ford.'

Lincoln ditembak didalam teater wayang dan pembunuhnya melarikan diri serta bersembunyi di gudang.

Kennedy ditembak dari arah gudang dan pembunuhnya melarikan diri dan bersembunyi di teater wayang.

Booth dan Oswald telah dibunuh sebelum perbicaraan.

--------------------------------------------------------------------

Ini pula fakta lain:

Seminggu sebelum Lincoln dibunuh, dia berada di Monroe, Maryland.

Seminggu sebelum Kennedy dibunuh, dia bersama Marilyn Monroe.

Sunday, November 18, 2012

32 Rahsia Israel yg Perlu diketahui


1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warg
a Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsa Yahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

#PrayForGaza

Friday, November 16, 2012

Keajaiban di Peperangan Gaza



Allahuakhbar ! Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :

Peristiwa 1


Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Allahu Akbar!!!

p/s : Teruskan berdoa untuk mereka dan Al-Fatihah Untuk Saudara Islam Kita Yang Terkorban..
source fb.

Thursday, November 15, 2012

Teater Tun Siti Hasmah

Assalamualaikum...
smlm sekelas kami p tgk teater tun siti hasmah ni di istana budaya. expectation xde la tinggi pon, bahkan ni 1st tim ak p tgk teater. bile da tgk teater tu, kire berbaloi la pergi. best pon best jugak, maklomla ade kak lisa yg comel tu, keh3x... kalo lps ni ade lagi pementasan teater yg hit, x rugi rasenye kalo p tgk. tp kene p ramai2 supaye dapat less 50% la.. kalu x nk byr 40 bek ak buat makan seminggu.. haha :)
tp kepuasan tu mmg lebih dr tgk wayang kot.. wayang cite melayu la. sbb teater ni live. tu la yg syiok cket. timing je x kene smlm, org dok sebok dok sura kite g tgk joget.. aiyaa ni sume slah AFIQ si committee.. kah3x..

Sunday, November 11, 2012

Prison Break


fuhhh, setelah beberape lame dok nengok drama awek2 korean yg cute, akhirnye aku kembali nengok drama inggeris. prison break, crite pasal seorang adik mithali yg nk nolong abgnye break out penjara. amatlah best jalan critenye awal2, tp bile da msok season 3 dah mule melalut. tp, keseluruhannye mmg stail la care2 dorang nh kuar penjara. lepas nh nk tgk crite ape plak doh? habiskan chuck dulu lah.. :D lps tu bru sambong tgk korea.. kih3x..


Tuesday, October 23, 2012

Soklan yg kompem korang salah.. :D



CUBA JAWAB SECARA SPONTAN :)

Untuk menguji sejauh mana konsentrasi kita..

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging..

Bawak2 la berehat ya :P

Via Nora Elena

Sunday, October 21, 2012

Orang yg Pertama :-)

Ni la die nye, senarai orang2 pertame, bukan yg komen first.. tp yg islamic punye first.. :-)


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah… semoga kita mendapat keberkatan dariNYA
bersama2.. insyallah

p/s: ha, korang plak, ape yg korang first?? makan first? komen first? kih3x..

Monday, September 17, 2012

berita mengenai bebudak felda adela dr media barat.

assalamualaikum.

terkesima sebentar aku tgk video budak2 felda adela tuh. yg pakai tudung sama naik mcm yg x pakai, muke cam x berperasaan je ak tgk. `ishh, ape nk jdi dgn budak2 zaman skrg ni`, bilang pak rambo.
pak rambo mengimbau kenangan silam di mindanya. pada zaman 60an, perempuan2 melayu terakhir la kirenye, pada masa itu bukan lah berciri islami, ttpi, sopan santun mereka amat dikagumi. xde la baik sgt, but better than skrg. kenapa dgn zaman ini? Adakah ianya kerana barat? Budaya barat saje yg sering dipersalahkan, dimana man sahaja pon, barat saja la yg terkena. mmg benar, org barat mmg sopan santun mereka dah hampeh, hidup untuk diri sendiri shaja, ttpi sbnrnye benarkahkerosakan budak2 ni kerana pengaruh barat? Seolah olah masyarakat timur ni baikkk lah sgt???
-sya peep melaporkan dr swansea, england.

Saturday, September 15, 2012

HOT!! Baju Meme 9GAG ntok dijual! :P


Assalamualaikum..

lame gile ak x update blog nih, maklomlah skrg sedang sibuk belajar, kononnye, n ditambah lagi dgn beberapa kerje2 tambhan yg aku buat ntok menyara hidup nihh.. :)
so, di kesemptana ni aku nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri la kpd sume, insyaALLAH ada dua hari lagi kite beraya. lagipun, waktu akhir2 ni la sbnrnye byok gile open house.. ni pon sbnrnye aku bru balik dri open house kt kawasan kejiranan.
aku yakin ramai diantara reader ni yg kaki 9gag kan. so aku ingat nk pomot la beberapa helai baju 9gag yg ada dijual kt webpage ni. shirt4derp.com kalo berkenan, tanpa segan silu, sms je 0136343715 ntok maklumat lanjut.. n jangan lupe support facebook page die ni yer.. :)
ada 6 design baju ni semuanya. meh aku listkan sume ntok tatapan nakal anda.. kih3x..


Like A Boss tee

Gag Gangs tee 


Troll Face tee


Challenge Accepted tee

Forever Alone tee

LOL Faced tee

hah, tu la die design2 yg ada.. so kalo berkenan, boleh la ke shirt4derp.com ntok tgk2 or can just send sms to 013-6343715 ntok membeli.. :)




 

Saturday, September 8, 2012

Pak Rambo di Kedai Mengejudge Orang

pak rambo merupakan seorang salesman di kedai kasut al ihsun. die berkerja sejak lepas spm sehingga la skrg die dah berumur 41 tahun 6 hari. rutin seharian pak rambo ialah bangun, makan, keje, balik, dan tido... die langsong x mengambik kisah akan hal yg berlalu di sekeliling die.. yg die tau hanyalah melayan org yg nk membeli kasut...pak rambo ni, die mempunyai satu sifat tipikal bagi org melayu iaitu suke mengejudge org melalui rupa..
nk dijadikan cerita, satu hari ni, adalah seorang hamba Allah ni telah datang kekedai al ihsun, dok mengendap ngendap kasut kasut yg ada kt kedai... tp, die langsong x diendahkan pak rambo nihhh... maklomlah, org tu pakai baju pon compang camping, eventhough nmpk jenama baju tu mcm alain delon je, tp dalam hati pak rambo kate, "uh, baju ciplak pasar malam a tuh...." ting tang ting tang, drg pulak sorang lagi makcik ni ke kedai tuhhh.. peh, bergaye x pasal makcik tuh, dwngan beg coach nye, spek mate ray bun, bergaye a sng cite. berdesup pak rambo p layan makcik tuh, yola. nmpk mcm banyak duit je, kompem a boleh jadi prospek pembeli nih, bukan prospek scoreA ye tuan2..
kih3x, nmpak x permainan die skang?? pak rambo mengejudge org hanye dri luar.. cm kebiasaan kite jugak la, tgk org market cket, pandang tinggi, tgk compang camping anggap cam x market n pandang rendah...
ok sambong balik critenye, akhirnya makcik xdi bla dri kedai pak rambo tanpe membeli papepon.. org yg pakai baju alain delon tu pulak, masok ke kedai pak rambo, n tros acukan pisau kt leher pak rambo n merompak nye,.
kesimpulannye, pak rambo bernasib malang hari itu... kih3x, kesian pak rambo, so kawan2 x payah la nk judge2 org len ok.. sbb kite bukannye tau pon mcm mne perangai org itu yg sebenar.. tp xpe, ada seseorang yg anda boleh tanpe judge pon dah tau dah die tu camne. market, bergaye, kacak, baik dan seumpamanya, seingat aku nama empinya sifat 2 tersebut fahmijaafar... aku pon x brapa kenal ngan die sbnrnye kih3x...

Tuesday, July 10, 2012

najib betollllaaa!!!!

aku just wonder je apa first impression korang terhadap tajok post aku kt ateh nihh... adakah korang


(a) fikir aku sedang mengiyakan ataupun menyokong sesuatu tindakan yg dilakukan oleh pak najib, bermaksod aku katekan bahawa betulla apa yg pak najib buat....


(b) fikir yang aku sedang menyamakan seseorang atau pun sesuatu tindakan dengan najib, contohnya macam ni la... "eeeiiiii ko ni perangai mcm najib betolllaaa..."

(c) lain lain... sila nyatakan

mohon komen a atau b di bahagian komen dibawah, maklomlah abg najib nk buat bancian ni, memandangkan pilihan raya dah nk dekat..
p/s: ini bukan entry politik ok... ' :)

Saturday, June 23, 2012

Customer2 Tersayang :P

Situasi di kedai pakaian Liyana Boutiqueeeeekk




Kalaulah Istilah Minx Kurang tu x penah wujud, bestnyeeeww.. kih3x..

Friday, June 22, 2012

Kisah Embong yg Bijak :P

Assalamualaikum...

Embong, dia seorang pelajar yg bijak.. bukan bijak blajo, tp bijak kelentong.. die mempunyai misi untuk menjadi student yang paling popular di sklh .. so, dgn sengajenye, die datang lewat tiap2 hari kesekolah.. bukan ape, kalau die dtg lewat, nnti kt perhimpunn, die secara automatiknye akan kene dok di atas pentas.. same jugak kalau hari biase plak.. klo die lmbt ke kelas, die akan dsruh berdiri di hadapan kelas.. akhirnya, usaha embong x sia sia. dia berjaya menjadi pelajar paling popular bukan saje di sekolah die, malah kt seluruh negeri selangor.... tp, bukan sbb die berdiri dihadapan kelas atau di tapak perhimpunan, tp sebab die menjadi pelajar pertama dalam sejarah yang dibuang sekolah disebabkan selalu datang lewat dengan sengaja.. tahniah diucapkan kepada beliau.. kih3x....  

Monday, June 11, 2012

selamat datang ke IIUM :)



bismillahirahmanirahim.
sedar x sedar, baru 4 bulan aku tinggalkan blog nih... masa semakin berjalan dgn laju skrg ni.. nk kiamat gamaknye, teringin aku menganjing kembali, memandangkan geng aku sorang nihh, kunyit, makin hebat penulisan die skng.. dah x kenal dah aku nye pun.. hiik2x.. nk crite cket a pasal uia, mne tau alep ke akif ke abah hanis nk dgr cite.. waktu dok kt cfs.. peh, punye x sabo nk masok gombak, dgr cite gombak lawanye la, best la kononnye, bilik 4 orang, besar, lekk. sampai gombak, x puas hati jugak, maklomlah manusia, mne penah puaskan. eventhough dah x nmpk mcm penjara mcm mahallah abu bakar, byk pulak bende2 x best yg kuar..
- blik kecik gile(zubair) nk dibandingkan dgn kt mahallah abc. dok 7 org gak adoiyai..
- sume tmpt jaoh nk p.. nk makan jalan jauh oo, mcm nk p makan kt e cafe.. nk p blaja, nk jalan mmg harom la. kene bwk motor plak. nk amek duit, kalo dulu turun mahallah ada atm dpn mate, skang kene p tgh bandar uia tu hah, bru ada atm machine..
- subjek, kononnye waktu cfs arituh kte packed gile, x sabau nk masok degree boleh ilek cket.. bile da msok, ambek kau, nk tgk kdrama pon susah oo.. susah die xyah cakap ah..
- online sistem masih sama gak a cam cfs. laju gilee wow. haha.
- tenet laju? taik kau. lagi lembab ade.. bek dok cfs a camni.. kt sini(bilik), nk connect pon probability 0.1. tp2, ada tmpt tenet laju gilo.. kt e5.. try neklab tingkat 3, laju gegile.. 1Mb p/s download. ni siyes, around (600-700kb/s nk donlod) kalu pakai idm.. ni la tmpt ak donlod runningman tiap2 minggu.. alep tgk rm x?
- kt sini, makan2 mmg boleh tahan la.. sdp jugak, but harge, kalo nk nasi ngan ayam 2inggit, mmg minx jadi tukang cuci la.. koman2 3inggit dah.. ai, bile la nk berjaya lakonkan watak budak miskin, bawak duit syiling, buat muke sposen, minx nasi due inggit kt makcik cafe aika.. nmpknye, x mungkin berjaye kot kt uia nih, mklomlah, budak2 uia ni aku tgk sume kaye2 je, duit ptptn siap boleh buat angkt laptop la, iphone la, n mcm2 lagi.. aku sorang je la yg stay ngan nokia balingan anjing nih.. haha

kt gombak  ni, yang bestnye, mesti la kite lebih bebas a nk dibandingkan kt cfs, but bebas2 pon, klo xde transport x menjadi gak la.. at least sblm nk masok kene angkt moto sbijik a, tp nk buat camne, ak cume mmpu nk angkt c70 mte bulat, ala ala mecedish mate bulat gitu..haha. tu je la yg best kot, ke ade lagi ntah..
ntahla, yg penting, satu sem dah berlalu dgn jayanya(kononnye).. haha, nyway, cuti da start ni, n aku seperti biase la bekerje di Liyana Boutique, di WartaWalk Bazaar, Bangi Utama Shopping Complex, so jemput datang ramai2 memeriahkan lagi kedai tersebut dengan pembelian yang menguntungkan kami. hik2x...

Thursday, February 9, 2012

Pesan Orang tua2..

Assalamualaikum...


dah 2 minggu masok uia gombak, kls pon baru nk start harini... sibuk mmg sebok, kesane sini buat jadual.. tp, running man x boleh ditinggalkan.. bak kate org tua2, sibuk mane pon blaja, rm jgn tinggal.. haha, aku rase kalo runningman casting kt uia gombak ni pon mesti dorang letih gilo nk lari sane sini.. dri satu tmpt ke satu tmpt punye la jaoh cam harommm... tp nasib bek aku da bwk basikal.. so laju la cket perjalannaya.. selamat berblog ye sume, aku nk p sambung blajo. nk tinggal blog ni lame2 cket..kih3x..

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #22 | Study Time

Assalamalaikum....


blog dah bersarang.. lepas ni nk berwordless wednesday je la... minggu dpn hari selasa, bakal daftar sebagai undergraduate di Gombak. u ape lagi kalo bukan uia kt gombak tuh. dok tepi highway kl karak, hutan jola yg ado.. muzium org asli on ado.. x sabau nk p joli ngan org2 asli sane dehhh... ummm, so, lepaih ni kompem bajet nk study kaw kaw punye.. maklomla, org x berade, so kene strive ntok dapatkan biasiswa,.. plg koman pon scholar fama or mas.. kalu x, ptptn la... riba' oooo even 1%, riba' tetap riba'..

Thursday, January 19, 2012

Tgh Feeling gilo nihh..


peh feeling gilo kott cite spring waltz ni.. awek die mmg xleh tahan btol..haha, sape2 yg minat kdrama, kalu blom tgk, sile la tgk.. mmg terbaik :)
nk sambong nangeh..kih3x..

Sunday, January 8, 2012

Trolling Time; Pokcik Drebar

Assalamualaikum.. 



oleh kerane aku sibuk gila skng, so xde mase nk buat entry mengarut.. so ni copy paste drpd 9gag je la yg aku boleh buat, supaya blog ni x brabok.. kih3x... tp mmg best btol kalo jadi drebar nihh.. sape2 yg bekerje jadi pakcik drebar boleh a try troll camni.. gerenti seronok :P

ye gambar ni x lengkap.. so tkn right klik n open image in new tab k... xde mase a nk download n edit.. :(

9gag.com
yg last skali, minum arak tu jgn diikut..
selamat mentrolllllllll :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...